USAHAWAN ONLINE
|
Nama : Pn. Nor Hayati Binti Otoh Umur : 33 tahun Ahli : 2016 |
Latar Belakang
Nor Hayati Binti Otoh, berusia 32 tahun adalah anak peneroka felda keratong 10, Beliau juga berkahwin dengan anak peneroka keratong 10. Beliau memang duduk di Felda Keratong 10.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan Pusat Internet (PI)
Sebelum penggunaan ict dan penglibatan dengan PI produk beliau hanya ada hebahan mulut ke mulut sahaja. Beliau mula aktif dengan PI pada bulan November tahun lepas. Sejak itu beliau mula mempunyai ramai kawan dan mempunyai facebook dan juga mempunyai email.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan Pusat Internet (PI)
Pendapatan beliau bertambah apabila aktif mengunakan ict atas bimbingan Pusat Internet. Pada mulanya beliau takut untuk iklan kerana merasa orang tidak akan membaca iklan beliau. Rupanya sangkaan beliau meleset. Pada hari raya Aidilfitri tempoh hari pendapatan beliau mencecah sebanyak 3000.00. Memang amat berbeza dari tahun sebelumnya.
Beliau mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB dan Blog, mengambil kursus Microsoft di Pusat Internet bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung / rugi.
Pusat Internet banyak membantu antaranya Kursus My Shop Dashboard Komuniti, E-Usahawan, Kursus Penyediaan Makanan, Iklan di Facebook dan Whatsapps serta membuat Bisness Card.

__________________________________________________________________________________

