mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN Q4 2017 – Pn. Masidah Binti Misran

USAHAWAN PRODUK KESIHATAN

Nama : Pn. Masidah Binti Misran

Umur  : 44 tahun

Ahli     : 2015

 

Latar Belakang

Pn. Masidah adalah isteri kepada staff Kilang Sawit Keratong 9. Beliau telah lama menetap di Felda Keratong 9 dan juga memang aktif dengan program dalam dan luar kawasan.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan Pusat Internet (PI)

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan dengan PI, beliau hanya berniaga dengan rakan-rakan terdekat sahaja dan mula aktif dengan PI dua tahun yang lepas. Sejak menjadi ahli PI dan sentiasa mengikuti program di PI perniagaan beliau mula berkembang dengan adanya group whatsapp PI dan Facebook.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan Pusat Internet (PI)

Pendapatan beliau makin bertambah sejak beliau aktif mengunakan ICT atas bimbingan staff PI. Pada mulanya beliau risau untuk mengiklankan produk kesihatannya  kerana bimbang orang tidak akan mempercayai produk yang beliau jual ini. Tetapi sangkaan beliau sama sekali salah dengan adanya penglibatan program dengan PI pendapatan beliau makin hari makin bertambah.

 

______________________________________________________________________________