mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN Q1 2018 – Pn. Noor Haslina Binti Mohd Akhir

KEUSAHAWANAN JAHITAN

Nama : Pn. Noor Haslina Binti Mohd Akhir

Umur  : 38 tahun

Ahli     : 2013

 

Latar Belakang

Noor Haslina Binti Mohd Akhir sebelum ini hanya berniaga secara kecilan dan kini telah dikenali kerana sering menghadiri kursus dan juga kenal dengan komuniti dari pelbagai tempat. Bermula dengan jahitan di rumah . Haslina mula belajar di kolej komuniti setiap minggu , kemudian pelbagai kursus beliau ikuti untuk membaiki tahap jahitannya. Sehingga kini haslina belajar bersama empower.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan Pusat Internet (PI)

Sebelum terlibat dengan PI , Haslina hanya menjahit dirumah dan tidak mengetahui pelbagai program jahitan dan juga kursus-kursus yang terdapat di sekitar. Mengetahui PI Dari kawan-kawan.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan Pusat Internet (PI)

Setelah penglibatan dengan PI , Haslina mula di lantik menjadi AJK kepada persatuan usahanita ROMPIN. Kini haslina mula dikenali kerana kepakaran jahitan langsir yang telah di pelajari sepajang tahun 2014-2017. Kini jahitan haslina mula di kenali.

Penglibatan haslina dengan PI mempekenalkan haslina kepada usahanita, program kemahiran usahawan dengan jahitan langsir di kolej komuniti dan juga empower untuk jahitan baju. Kini haslina mula mendapat kontrak di sekolah-sekolah dan pejabat Felda untuk jahitan langsir dan skirting.

_________________________________________________________________________________