Kuala Rompin asalnya adalah sebuah perkampungan nelayan. Sejarah namanya dikaitkan dengan sebatang pokok. Pada masa dahulu banyak pokok ru atau cemara tumbuh sepanjang pantai Daerah Rompin. Antara pokok ru yang banyak itu, terdapat sebatang pokok ru yang besar dan tinggi. Yang ganjilnya ialah batang pokok ru itu ramping di bahagian tengahnya.
Hal ini cukup menghairankan penduduk tempatan dan cerita ini sering menjadi buah mulut mereka pada setiap masa. Ada yang menganggap keganjilan itu sesuai dijadikan penempatan. Sejak itu, tempat itu dikenali dengan nama Ru Ramping. Oleh sebab nama itu panjang, akhirnya penduduk tempatan memendekkannya kepada Rumping. Seterusnya dialek tempatan menyebabkan perkataan Rumping menjadi atau disebut Rumpin tetapi dieja Rompin.
Cerita kedua berkisar kepada seorang lelaki misteri yang datang ke tapak bandar Kuala Rompin dan tinggal di bawah pokok ru. Lelaki itu tidak dikenali, tidak banyak bercakap dan tidak diketahui asal-usulnya. Pada mulanya dia berdagang, kemudian mengambil keputusan untuk tinggal di situ. Dia mendirikan sebuah pondok kecil di bawah pokok ru yang besar dan tinggi itu. Penduduk tempatan memanggilnya Riffin. Pada sesetengah orang yang berkunjung menganggap Riffin sebagai keramat. Penduduk tempatan memanggil kawasan pondok Riffin itu sebagai Ruffin. Kesan pengaruh dialek tempatan, sebutan Ruffin bertukar menjadi Rumpin. Rumpin di eja sebagai Rompin.
Bandar yang kemudiannya terbangun di kuala Sungai Rompin ini diberikan namanya Kuala Rompin. Bandar Kuala Rompin yang asalnya adalah Kampung Kuala Rompin dipercayai dibuka oleh Datuk Pahlawan Ahmad pada tahun 1888. Beliau adalah seorang yang amat berjasa kepada Sultan Pahang ketika itu. Oleh kerana jasa-jasa beliau, Sultan menganugerahkan Datuk Pahlawan Ahmad untuk menjaga dan membangunkan Kuala Rompin pada masa itu.
KETUA KAMPUNG
Ketua Kampung Felda Keratong 10 diketuai oleh Abdul Razak bin Abd. Aziz. Beliau mula berkhidmat sebagai ketua kampung sudah lebih kurang 9 tahun mulai tahun 2004. Beliau mendapat persetujuan penduduk dengan melantik beliau sebagai ketua kampung.
SEJARAH FELDA KERATONG 10
Mengikut pada cerita-cerita dahulu sebelum pembukaan Felda di sini asalnya adalah hutan belantara.
Semasa proses pembukaan tanah dimulakan terdapat banyak haiwan liar di sini.
Antara haiwan tersebut yang paling banyak ialah kera dan lotong.
Jadi, terlalu banyak kera dan lotong maka mereka mengambil insiatif untuk menggabungkan nama kedua-dua binatang tersebut iaitu kera-tong jika digabungkan menjadi keratong.
Maka dengan itu, nama kera dan tong itu digunapakai sehingga ke hari ini.
PETA FELDA KERATONG 10

