mcmc
Produk Tempatan

Produk Tempatan

12166030 10153734450344297 1212161009 n

SAWARI terletak 20 minit dari felda keratong 10. Sawari  adalah sebuah perusahaan yang membuat dan menjual barangan kraftangan berasaskan rotan. Sawari ini diasaskan oleh 2 orang usahawan iaitu Pn Norhaliza Bte Mat Isa dan Pn. Rokiah. Mula bekerja pada tahun 1990 di bawah Felda tetapi tidak mempunyai bangunan sendiri. Pada tahun 2002 kami hanya membuka perusahaan ini di rumah sendiri. Manakala pada tahun 2005 kami telah mendapat sebuah bangunan yang terletak di Felda Keratong 4 Bandar Tun Razak, Pahang. Sawari ini dibantu oleh FELDA. Lokasi Bangunan Sawari terletak di persimpangan masuk gerbang keratong 4.

 

Terdapat pelbagai barangan yang ada di sini. Selain daripada itu Sawari juga menerima pelbagai jenis tempahan. Pelbagai jenis barang-barang yang terdapat di Sawari. Antaranya adalah Laundry Basket,Tudung Saji, Bakul Pasar, Tempat Payung, Dulang, Bunga Pahar, Tempat Lampu / Pasu Bunga, Dulang, Bekas Kuih Raya, Body Shop dan pelbagai lagi.

  12166831 10153734450224297 18917532 n  12167807 10153734450119297 744237264 n