Pendaftaran Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Daftarlah sebagai ahli Pusat Ekonomi Digital dan nikmati :
- Keahlian seumur hidup
- Mendapat mata penggunaan perkhidmatan
- Kelas ICT percuma
SOALAN DAN FAKTA
1. SIAPA LAYAK MENDAFTAR?
Terbuka kepada semua warga Malaysia dan pemaustatin tetap.
2. BAGAIMANA SAYA INGIN MENDAFTAR KEAHLIAN?
Anda boleh pergi ke mana-mana PusatEkonomi Digital kendalian TM dan dapatkan borang pendaftaran daripada petugas PEDi. Setiap pendaftaran baru akan dikenakan yuran keahlian dan anda akan menerima satu kad keahlian Pusat Ekonomi Digital
3. DIMANA KAD KEAHLIAN INI DITERIMA?
Kad keahlian ini diterima di mana-mana Pusat Ekonomi Digital kendalian TM di seluruh malaysia.
4. ADAKAH SETIAP PENDAFTARAN DIKENAKAN YURAN KEAHLIAN?
Ya. Yuran keahlian adalah sebanyak RM5.00 sahaja untuk seumur hidup.
5. ADAKAH TERDAPAT TEMPOH LUPUT BAGI KEAHLIAN?
Tidak. Keahlian adalah untuk seumur hidup.
6. BAGAIMANA MENEBUSNILAI MATA TERKUMPUL?
Mata terkumpul dapat ditebusnilai dengan mengisi borang tebusnilai yang terdapat di PEDi dan serahkan kepada petugas bertugas untuk dihantar ke Ibu Pejabat MSD.
7. BERAPA LAMAKAH TEMPOH PROSES TEBUSNILAI ?
Proses tebusnilai mengambil masa dalam tempoh 2 minggu atau 14 hari bekerja untuk dihantar ke PEDi berdekatan dan anda akan dimaklumkan oleh petugas untuk proses pengambilan barangan tersebut.
8. BAGAIMANA SEKIRANYA KAD KEAHLIAN SAYA HILANG?
Sekiranya berlaku kehilangan kad keahlian, anda boleh pergi ke mana-mana PEDi Kendalian TM dan laporkan kehilangan kad tersebut kepada petugas yang bertugas. Anda akan dikenakan cas bagi mengantikan kad keahlian yang hilang sebanyak RM2.00 dan kad keahlian yang baru akan diberikan.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang : www.PI1M.my.
KELEBIHAN MENJADI AHLI PUSAT EKONOMI DIGITAL
1. Berpeluang mengikuti kursus atau latihan ICT secara percuma seumur hidup.
2. Mendapat perkhidmatan yang sama di mana-mana PEDi kendalian TM yang dikunjungi seperti mana ditawarkan.
3. Boleh mendapat mata terkumpul bagi setiap kali sebarang penggunaab perkhidmatan yang disedia di PEDi.
4. Mendapat diskaun setiap pembelian produk di PEDi.
5. Mendapat keistimewaan di dalam sebarang program promosi yang diadakan di PEDi.
PERKHIDMATAN DITAWARKAN
1. Penggunaan Peralatan
a. Internet – 5 mata
b. Photostat – 5 mata
c. Mengimbas – 5 mata
d. Mencetak – 5 mata
2. Perkhidmatan Tambahan
a. Pembayaran Bil – 10 mata
b. i-health – 10 mata
c. SSM – 10 mata
d. Latihan ICT – 30 mata
e. Insuran – 25 mata
f. Komunikasi – 10 mata
3. Aktiviti
a. Ahli Dapat Ahli – 50 mata
b. Aktiviti PI1M – 30 mata
*tertakluk kepada terma dan syarat
TERMA DAN SYARAT
1. Keahllian Pusat Ekonomi Digital adalah terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemaustautin tetap sahaja.
2. Pendaftaran keahlian sebanyak RM5.00 sahaja sekali seumur hidup dan tiada cas tambahan dikenakan.
3. Kad keahlian, mata terkumpul, dan segala kelebihan serta manfaat keahlian tidak boleh dipindah-milik atau ditukar-ganti kepada pihak ketiga dan merupakan hak ekslusif kepada ahli berdaftar sahaja.
4. Setiap ahli akan diberikan mata terkumpul berdasarkan perkhidmatan yang digunakan di PEDi kendalian TM sahaja.
5. Setiap mata terkumpul sah laku dalam tempoh 24 bulan dari tarikh transaksi penggunaan.
6. Setiap mata terkumpul boleh ditebusguna berdasarkan jumlah mata dalam tempoh 24 bulan dari tarikh transaksi penggunaan.
7. Mata terkumpul yang telah dikreditkan ke dalam akaun keahlian boleh ditebusguna dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penggunaan perkhidmatan.
8. Barangan yang ditebusguna akan dihantar kepada pengguna melalui PEDi yang berdekatan dalam tempoh 2 minggu atau 14 hari hari bekerja.
9. MSD juga tidak akan bertanggungjawab, sama ada secara langsung atau tidak terhadap sebarang kehilangan atau kerugian atau sebarang kemungkinan yang dialami oleh Pemegang Kad, keseluruhan, atau sebahagian, disebabkan oleh penyertaan mereka dalam program ini atau daripada sebarang tindakan di pihak MSD.
10. Dengan menyertai sebagai ahli, Pemegang Kad dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma Dan Syarat rasmi yang terkandung di sini, termasuk keputusan yang dibuat oleh pihak MSD yang dianggap muktamad, terikat dan menyeluruh.
11. Sebarang surat-menyurat, bantahan dan rayuan tidak akan dilayan. MSD juga mempunyai hak eksklusif mengikut budi bicara dan mutlak untuk menukar, meminda dan memotong atau menambah mana-mana Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa yang dianggap sesuai tanpa memberi sebarang notis kepada ahli.