Perniagaan Barang Kosmetik dan Kecantikan
|
Nama : Nureen Fariesya Binti Suhaimi Umur : 18 Tahun Ahli : 2015 |
Latar Belakang
Nureen Fariesya merupakan cucu Peneroka Felda Keratong 09, Beliau sangat minat dengan barang kosmetik dan selepas tamat SPM beliau mengambil kesempatan untuk belajar di Pusat Internet iaitu kelas keusahawanan.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan Pusat Internet PI
Sebelum ini semasa masih bersekolah beliau hanya datang ke PIK hanya urusan belajar sahaja iaitu membuat kerja khusus dan mencetak.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan Pusat Internet PI
Selepas beliau mengikuti kelas ICT dan mengambil pelbagai kursus beliau mula aktif dengan perniagaan iaitu iklan produk di media social (Facebook dan Whatsapp). Setelah mengikuti pelbagai kursus beliau mula yakin untuk mempromosikan barangan yang dijual.

