Makanan yang popular di Felda Keratong 10 ialah ‘Satay Sri Baung’. Setiap kali orang datang ke sini mesti akan beli satay ini kerana keenakan satay yang lembut serta kuahnya yang pekat dan manis pasti tidak akan menghampakan pelanggan. Sekali cuba pasti nak lagi. Kedai dibuka pada jam 5.00 petang sehingga tengah malam.

