Tarikh : 27hb Ogos 2017
Masa : 09.00 pagi hingga 01.00 petang
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Felda Keratong 10
Peserta : 10 orang
Tujuan :
Menggalakkan dan mengembangkan pengetahuan dan maklumat kebersihan dan keselamatan makanan melalui seminar dan kursus serta memberikan khidmat perundingan secara mampan, cekap dan bertanggungjawab.
Aktiviti :
Pelajar diajar untuk memahami isu-isu dan punca keracunan makanan serta didedahkan dengan pencemaran makanan oleh kuman & bahan kimia. Mengetahui kepentingan amalan kebersihan diri dan tabiat yang tidak baik semasa pengendalian makanan. Serta diajar cara-cara mencuci dan membersihkan peralatan dengan sempurna dan cara-cara pembuangan sampah/sisa makanan yang teratur dan banyak lagi yang berkaitan dengan makanan dan kebersihan.