mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan 2021 – FAZIRA NATASHA HANIM BINTI ZAHARI

1

Karipap Frozen dan Kelas Tuisyen

Nama : Fazira Natasha Hanim Binti Zahari

Umur : 20 Tahun

Ahli : 2013

 

Latar Belakang

Fazira merupakan anak Peneroka Felda Keratong 10, Beliau merupakan seorang mahasiswa yang sedang menuntut di Melaka. Beliau selalu datang ke Pusat Internet Komuniti Felda Keratong 10 sejak sekolah rendah sehingga kini.

Sebelum Penggunaan ICt / Penglibatan Pusat Internet Komuniti PIK

Beliau mula mendaftar sebagai ahli. Tetapi tidak mengikuti program di Pusat Internet. Ini kerana beliau malu . Sehingga pada suatu hari ibunya menghantarnya ke Pusat Internet untuk kelas asas komputer.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet Komuniti PIK

Mulai dari kelas asas komputer. Fazira mula menunjukkan minat dalam bidang IT. Kebanyakan program di Pusat Internet beliau akan ikuti sejak Sekolah Rendah sehingga Menengah, Kini beliau buat sticker untuk produk bersama ibunya juga mengunakan kebolehan ICT yang di pelajari. Selain itu Fazira juga mengajar tuisyen membaca dan mengira. Beliau mencari maklumat di Pusat Internet.