MANZIDA BEAUTY SPA & HAIR TRIM SALOON
– Manzida Beauty Spa ini dibuka pada bulan 3, 2012. Ia masih baru ditubuhkan dan diusahakan oleh anak peneroka Felda Keratong 10 yang bernama Norazida bte Saadun.
– Pada mulanya salun ini hanya dibuka secara kecil-kecilan iaitu untuk memotong rambut sahaja. Memandangkan perkhidmatan ini telah mendapat sambutan yang baik dari penduduk Felda iaitu Felda Keratong 8, 9 dan 10, salun ini telah menambah beberapa jenis perkhidmatan.
– Antara perkhidmatan yang disediakan di Manzida Beauty Spa & Hair Trim Saloon ini seperti berikut:-
- Gunting rambut.
- Colour
- Rebonding
- Mencuci rambut.
- Membuat kerinting.
- Treatment
Manakala perkhidmatan rawatan muka pula seperti di bawah:-
- Rawatan resdung.
- Laser.
- Vitamin C.
- Kolagen.
- Vacuum.
- Sauna.
- Mandi susu.
- Mandi aura.
- Scrub.
- Mandi bunga.
– Ia juga turut menjual produk-produk penjagaan muka, badan serta kesihatan.
– Kedai ini beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
KEDAI SONGKOK DAN JAHITAN

– Kedai ini dibuka pada bulan 10, 2005 dan diusahakan oleh sepasang suami isteri yang bernama Mahad dan Siti Eshah.
– Pada asalnya, tuan kedai ini hanya membuat songkok di rumah sahaja. Atas pandangan dan nasihat dari Pengurus Rancangan pada waktu itu menyuruh Pak Mahad dan isteri membuka kedai bagi memperluaskan lagi perniagaan beliau supaya orang ramai mengetahui perniagaan beliau.
– Apabila beliau sudah membuka kedai, isteri beliau mula menerima tempahan jahitan untuk membantu suaminya.
– Antara jenis-jenis songkok yang ada di kedai beliau ialah:-
- Songkok kanak-kanak dan dewasa.
- Songkok rata & bonggol @ tinggi (Johor).
– Songkok ini juga ada pelbagai saiz. Antara saiznya ialah:-
|
JENIS |
KANAK-KANAK |
DEWASA |
|
SAIZ |
19 – 20 |
21 – 23 |
– Manakala isteri beliau puan Siti Eshah bte Mokhri pula manjahit pelbagai jenis baju. Antaranya ialah :-
- Baju kurung wanita.
- Baju melayu lelaki.
- Baju kemeja Lelaki atau batik.
- Seluar slack.
PERANTAU CARWASH

– Carwash ini mula beroperasi pada tahun 2003. Pemilik carwash adalah seorang anak peneroka, Shahrin Shah bin Sufian, 27 tahun.
– Tercetusnya idea beliau untuk membuka carwash adalah kerana di Felda Keratong 10 ini tiada lagi orang membuka carwash, jadi apa salahnya beliau membuka perniagaan tersebut.
– Walaupun modal untuk membuka carwash agak tinggi, tapi beliau tetap berusaha gigih untuk mencapai sesuatu bidang yang diingini.
– Mempunyai lima orang pekerja.
– Carwash ini mula dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat. Pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
– Antara perkhidmatan yang ada ialah mencuci dan mengecat.
– Di sini disertakan carta harga bagi perkhidmatan mencuci seperti dibawah:-
|
KENDERAAN |
LUAR |
DALAM |
ENJIN |
LUAR / DALAM |
|
Motor |
– |
– |
– |
RM 5.00 |
|
Kereta |
RM 6.00 |
RM 4.00 |
RM 5.00 |
RM 15.00 |
|
MPV/ 4×4 |
RM 10.00 |
RM 5.00 |
RM 5.00 |
RM 20.00 |
|
Lori |
RM 15.00 |
RM 5.00 |
RM 20.00 |
RM 40.00 |
KEDAI HARDWARE

– Kedai hardware milik penuh seorang peneroka, Md Rasid Bin Hj. Ishak ini mula dibuka pada bulan 6, 2001.
– Pada mulanya, beliau hanya membuka kedai peralatan-peralatan rumah sahaja. Apabila sudah dua tahun beroperasi dan modal pun mencukupi beliau terus menjual barang-barang binaan rumah dan banyak lagi.
– Jenis produk yang dijual termasuk bahan binaan, batu-bata, kayu, racun dan kimpalan.
– Mempunyai 2 orang pekerja di bahagian hardware dan 2 orang lagi di bahagian barang-barang binaan.
– Mempunyai dua biji lori untuk penghantaran barang rumah ke rumah.
