Tarikh : 28hb September 2017
Masa : 11.00 pagi hingga 12.30 tengahari
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Felda Keratong 10
Peserta : 28 murid 4 orang guru
Tujuan :
Tujuan guru membawa murid Tabika ke Pusat Internet untuk memperkenalkan kepada mereka apa itu Pusat Internet 1Malaysia. Disamping itu mereka dapat mempelajari peralatan yang ada didalam Pusat Internet.
Aktiviti :
Memperkenalkan peralatan yang terdapat di dalam Pusat Internet seperti apa itu Pusat Internet, apa itu komputer, serta menunjukkan mouse, keyboard, printer, mesin photostat dan banyak lagi. Seterusnya murid-murid mewarna online untuk memahirkan murid memegang mouse.