mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan 2020 – Nor Atikah Binti Nasruddin

Berniaga Ukiran Inai, Bantal Leyna

Nama : Nor Atikah Binti Nasruddin

Umur : 23 Tahun

Ahli : 2017

Latar Belakang

Cik Nor Atikah Nasarudin merupakan anak peneroka yang mula berjinak menjadi usahawan. Sebelum ini Atikah hanya duduk di rumah. Minat terhadap ukiran inai membuat beliau mula memberanikan diri untuk membuat bisnes kecil kecilan.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan Pusat Internet (PI)

Sebelum aktif menggunakan iICT beliau banyak duduk di rumah dan memikirkan masa depan dan hanya terpikir mahu keluar mencari perkerjaan. Beliau aktif dengan pusat internet apabila datang untuk menggunakan perkhidmatan komputer dan printer.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan Pusat Internet (PI)

Selepas belajarICT dan mengambil pelbagai kursus beliau mula aktif berniaga di media social seperti facebook, whatsapp . Perniagaan dan perkhidmatannya mula di kenali. Ukiran tangan banyak mendapat sambutan. Tidak kira musim perkahwinan atau mereka memanggil untuk minat mengukir inai di tangan. Apabila mula bergaul dengan mereka yang sama-sama bisnes. Peluang niaga semakin terbuka. Beliau di kenalkan dengan bisnes bantal leyna. Menjadi dropship kepada bisnes ini. Nasib beliau bertambah baik kerana bisnes ini mendapat sambutan dan beliau memperolehi bonus bulanan.