mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan 2020 – Nooraini Binti Samsudin

Solekan dan Andaman

Nama : Nooraini Binti Samsudin

Umur : 32 Tahun

Ahli : 2019

 

Latar Belakang

Puan Nooraini berumur 32 tahun, seorang usahawan di Perantau Damai. Hasil kerjanya sangat disenangi dan sering mendapat tempahan dalam pelbagai jenis majlis. Sama ada majlis kecil mahupun besar, Nama beliau dengan panggilan Anis sangat dikenali.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet (PI)

Sebelum aktif dengan Pusat Internet, pada mulanya beliau hanya tertumpu dengan kerja Andaman dan solekan sahaja. Perniagaannya juga hanya tertumpu di kawasan Perantau Damai sahaja. Beliau mula berjinak datang ke pusat internet untuk bertanyakan perkhidmatan printer. Selepas itu beliau mula bertanyakan tentang kelebihan menjadi ahli dan juga rajin bertanya tentang perihal ict. Boleh dikatakan beliau kerap mengunakan perkhidmtan ict selepas menjadi ahli Pusat Internet.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet (PI)

Selepas belajar ict dan mengambil pelbagai kursus beliau mula aktif berniaga di media social seperti facebook, whatsapp . Perniagaan dan perkhidmatannya mula di ketahui di luar daripada perantau damai. Sekarang beliau kerap mendapat tempahan luar kawasan. Beliau sudah mula dikenali daripada aktif menggunakan Media Sosial.