Celik IT 2020 – Keshor A/L Valluvan

Kisah Kejayaan | 20 May 2020

BELAJAR MENAIP DAN MAHIR MENGGUNAKAN KOMPUTER.

Nama : Keshor A/L Valluvan

Umur : 12 Tahun

Ahli : 2016

 

Latar Belakang 

Keshor merupakan cucu Peneroka Felda Keratong 10. Pada mulanya beliau hanya megikut kawan-kawan,  lama kelamaan beliau terus berminat dengan segala program yang dijalankan di Pusat Internet dan mula berdaftar sebagai ahli pada tahun 2016.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan Pusat Internet (PI)

Sebelum terlibat dengan Pusat Internet beliau hanya duduk dan bermain di rumah sahaja bersama kawan-kawan. Beliau memang buta IT dan tidak pandai langsung menggunakan komputer. Setelah mengikut kawan-kawan beliau mula aktif dengan program Pusat Internet  Pusat Internet seperti Kelas ICT, dashboard dan banyak lagi.Beliau selalu mengikuti kursus Komputer, Bengkel Ict .

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan pusat Internet (PI)

Selepas beliau mula aktif di Pusat Internet, kini beliau sudah pandai menaip surat tanpa meminta bantuan malah sering memberikan tunjuk ajar kepada kawan dan pandai melayari laman web untuk mencari nota pembelajaran dan membuat kerja sekolah.