mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan 2020 – RAHAYU BINTI SALIMUN

Perniagaan Keropok Keping Cap Rama-Rama

Nama : Rahayu Binti Salimun

Umur : 42 Tahun

Ahli : 2017

 

Latar Belakang 

Rahayu merupakan anak Peneroka Felda Keratong 10, beliau telah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Setelah berkahwin beliau menetap di Felda Keratong 10.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet Komuniti PIK

Sebelum beliau terlibat dengan penggunaan ict di PIK , beliau hanya datang ke Pusat Internet atas urusan Photostat dan menghantar anak ke PIK sahaja.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet Komuniti PIK

Setelah terlibat dengan PIK, kini beliau telah membuka akaun Facebook dan memulakan perniagaan keropok keping beliau di Facebook dan group Whatsapp. Beliau juga telah mengikuti Kelas ICT, Kelas Keusahawanan, Bengkel Shopee dan banyak lagi. Perniagaan beliau telah mendapat sambutan oleh orang ramai kerana keropok keping beliau lain dari yang lain, nipis dan sangat sedap.