BELAJAR MENAIP DAN MAHIR MENGGUNAKAN KOMPUTER
|
Nama : Muhammad Hakimie Bin Hamid Umur : 15 tahun Ahli : 2019 |
Latar Belakang
Muhammad Hakimie merupakan anak Peneroka Felda Keratong 09. Sebelum ini beliau tidak pernah datang ke Pusat Internet, setelah diajak oleh kawan-kawan barulah beliau datang ke Pusat Internet tetapi hanya sekadar mengikut kawan sahaja. Lama-kelamaan beliau rasa seronok kerana boleh membuat kerja sekolah disini dan terus menjadi ahli Pusat Internet dan selalu mengikuti program yang dijalankan disini.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan Pusat Internet PI
Sebelum terlibat dengan Pusat Internet beliau hanya pergi kerumah kawan-kawan sahaja, Beliau memang tidak pandai langsung menggunakan komputer. Setelah mengikut kawan-kawan beliau mula aktif dengan program Pusat Internet Pusat Internet seperti Kelas ICT, dashboard dan banyak lagi.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan Pusat Internet PI
Selepas beliau mula aktif di Pusat Internet, kini beliau sudah pandai membuat kerja sekolah menggunakan komputer, mencari nota di internet tanpa meminta bantuan malah sering memberikan tunjuk ajar kepada kawan yang lain yang masih belum mahir menggunakan komputer.
