mcmc
Maklumat Pi1M

Maklumat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi)

 

PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NaDi)

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

OBJEKTIF PENUBUHAN

Objektif Penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional adalah untuk meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras Pelan Jalur Lebar Kebangsaan. Ia juga meransang untuk merapatkan jurang digital antara masayarakat luar bandar dan bandarselaras dengan matlamat kerajaan. Ia juga memberi kemudahan capaian jalur lebar kepada komuniti tempatan dan memberi pendedahan kepada masayarakat tempatan mengenai teknologi computer dan internet masa kini di  samping meningkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat melalui kemudahan yang di sediakan dan aktivitii yang di jalankan di PEDi.

PERKHIDMATAN

Sejajar dengan kepesatan perkhidmatan teknologi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat menjadikan PEDi sebagai pusat sehenti untuk pelbagai perkhidmatan seperti:

v  kelas komputer

v  e-perkhidmatan kerajaan

v  e-pembelajaran

v  e-dagang

v  pusat pengumpulan dan pertukaran maklumat

WAKTU OPERASI

Dibuka Setiap Hari

(9.00 pagi – 6.00 petang)

Tutup : Cuti Umum

MAKLUMAT PETUGAS

PENGURUS:

Nooraini Binti Basiron

No. Tel. : 019-9653566

 

PENOLONG PENGURUS:

Noor Halisa Binti Misnon

No. Tel. : 014-5350287

EMAIL DAN ALAMAT PORTAL PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NaDi) FELDA KERATONG 10

keratong10@pedi.my

http://feldakeratong10.pjk.com.my/

ALAMAT PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NaDi)

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Felda Keratong 10,

26700 Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur.